Sunday, December 21, 2014

Pergiku Bakal Lama Tapi Bukan Selalu

*Fuuhhh sapu habuk ~~~
Lama juga gua tak buka blog ni...Entry Overland Malaysia-Thailand-Cambodia-Vietnam pun gua tak buat lagi,maaflah selain dari pemalas gua juga turut busy atas urusan kerja,gua baru balik dari outstatio selama 3 minggu di rural section di Sarawak..fuhh travell free woi satu sarawak ,yang ni pun tangguh dulu la ye.!
Saja gua nak kabar dekat sini,next trip will be,gua punya big trip setakat ni merangkumi Beijing-Xian-Chengdu-Kunming,sebenarnya nak ke harbin juga,tapi partner gua bagi alasan,kita geng makan sambal belacan mana nak tahan bawah zero degrees.
Sebenarnya route yg gua nak buat mula mula,adalah sambung balik dari penamat yang sebelum ni,tapi atas sebab masa dan cuti yg tak panjang,walaupun gua dapat cuti sebulan,kah kah kah.
So route ini akan merangkumi China sahaja,so Danang to Kunming terpaksa next trip,kalau tak ,tak hensemlah route #JangKetemuJohnLennon #SerembanKeLiverpool .So gua start pada 18 january dan ending 31 january,semoga di permudahkan perjalan gua,Nanti gua cerita pasal route ni ,ok? Untuk sebarang pertanyaan boleh direct ke FB gua. Untuk kita kogsi pengalaman,atau join trip backpack sama2 kemudian hari nanti.

https://www.facebook.com/mohddzuliqram

Dari Kuala Lumpur ke Beijing ke Xian,ke Chengdu,Ke Kunming.

Friday, October 3, 2014

BURUH TANI

Lagi ini saya tuju untuk kita yang bukan ada ada ,yang kebnyakan yang bukan senang senang,sempena kenaikan minyak 20 sen 1 Oktober.

Band: Marjinal

buruh tani mahasiswa rakyat miskin kota
bersatu padu rebut demokrasi
gegap gempita dalam satu suara
demi tugas suci yang mulia

hari hari esok adalah milik kita
terciptanya masyarakat sejahtera
terbentuknya tatanan masyarakat
Negara  baru tanpa orba

marilah kawan mari kita kabarkan
di tangan kita tergenggam arah bangsa
marilah kawan mari kita nyanyikan
sebuah lagu tentang pembebasan

di bawah kuasa tirani
kususuri garis jalan ini
berjuta kali turun aksi
bagiku satu langkah pasti

berjuta kali turun aksi
bagiku satu langkah pasti
bagiku satu langkah pasti

Wednesday, May 21, 2014

Teaser OverLAND INDOCINA #MALAYSIA #THAILAND #CAMBODIA #VIETNAM


Nah TEASER TRIP OVERLAND  INDOCINA #MALAYSIA #THAILAND #CAMBODIA #VIETNAM,gua sibuk sekarang ni dengan final year project.Ni gua payung gambar sikit."
Banyak rasanya,haha.
Dari kuala lumpur ke thailand ke cambodia ke vietnam.
Dari kuala lumpur ke hatyai ke bangkok ke aranyaprathet ke poi pet ke siem reap ke phnom penh ke ho chi minh ke Mui Ne.

                                                                           THAILAND





CAMBODIA








VIETNAM
















Tuesday, February 25, 2014

"BUKAN SEMUA ORANG SENANG SENANG DAN BUKAN SEMUA ORANG ADA ADA"

"Bukan semua orang ada ada,dan bukan semua orang lahir dah memang senang senang,Bersyukurlahh" .
 

              Hari ni,gua ke sekolah adik gua yang bongsu,untuk menghantar beg dan bekal makanan,sambil menanti adik gua keluar,gua perati keadaan sekeliling,seperti biasa melihat telatah budak sekolah yang riang gembira.Acap kali gua melihat di mana budak sekolah yang terkulat kulat mulutnya,tertelan air liurnya,melihat rakan yang mampu untuk membeli jajan mahupun ais krim dan sewaktu dengannya.Itu belum waktu rehat lagi macam mana keadaanya.Bagi gua ini macam satu penderaan pada minda kanak2 itu.Tapi hari ini,hati gua bagai diruntun,gua terlihat seorang kanak2 berkaca mata,sedang memerhati rakan rakan sekolah lain makan,tiba seorang budak sekolah jatuh mamee yg dimakannya,bersepah atas lantai di kawasan tunggu bas,gua perati adik yang berkaca mata tadi,mengutip butir mamee yg bersepah itu,seusai yg lain berlalu dari situ,terus otak gua memproses apa akn dibuat untuk mamee yg jatuh tadi,dan gua kuatkan dalam hati,tidak mungkin macam ni..adik tadi mengutip sisa mamee itu,mengumpulnya lalu memakannya..Kau sebagai seorang manusia apa yang akan kau rasa? Kau ketawa? Gua hampiri adik tersebut,bantu apa yang mampu,dan bertanya berapa duit belnja sekolah beliau,kau agak macam mana budak darjah dua mampu bertahan tanpa belnja sekolah dan hnya berbekalkan air sirap sebotol untuk satu sesi persekolahan? Gua mungkin boleh terima kalau tingkatan dua,tapi ini darjah dua.Emosi dan mental mereka tahap ini baru nak berkembang.Gua terfikir,kalau kita boleh bagi makan secara percuma kepada isi penjara,pusat serenti dan depoh tahanan,kenapa kita tidak boleh bagi makan pada mereka yg bakal menjadi tiang negara ini pada masa akan datang.?Gua tak minta banyak,dan gua tak peduli pun pendidikan percuma di ipt,cukuplah makanan percuma untuk si darjah 1-3..kerana mereka memang kecil semata-mata..
"Bukan semua orang senang senang"


.Entry ini adalah status di facebook gua pada 17 Februari lalu.

Wednesday, February 19, 2014

Dari KUALA LUMPUR ke HATYAI ke KRABI #Itinerary

Day 1 31 August 2013

 -Keretapi dari Kuala Lumpur ke Hat Yai = rm60 for sleeping Coch,rm47 untuk tempat duduk.train bertolak setiap hari pukul 9.30 malam.Tiket beli di kl sentral atau dimana mana kaunter ktm antarabandar.tempoh masa lebih kurang 15 jam,dan akan berhenti di stesen padang besar untuk imigresen.

Day 2 1 September 2013

 -Hat Yai ,11.30 sampai. Ladda GuestHouse rm 25 semalam katil queen kipas,bilik selesa dan berbaloi dengan harga,keluar dari Hat Yai stesen ,jalan depan sikit,pastikan robinson belah kanan. -beli tiket van ke krabi,Harga fixed rm25/250Baht,dekat KST travel ,jalan depat sikit dari ladda guesthouse,simpan trafic light,belah kanan,sebelah muslim OCHA,depan king hotel,tanya orang king hotel mana.Sini paling murah harga tiket,ke phuket pn rm35,kalau ulat akan tawar harga dari rm45-rm75 ke krabi. -lee garden plaza,just 10 minit jalan kaki dari hatyai station. -Khlong Hae Floating Market rm 40/400 Baht untuk satu tuk tuk,rasanya ini paling murah,kalau bagi mahal,bargain sampai bertomoi.

 Day 3 2 September 2013

 -Bertolak ke krabi pukul 8.30 pagi,jangan risau ke krabi ada van setiap jam.Sampai ke krabi pukul 2,van akan berhenti rehat di Trang sewaktu tengah perjalanan. -Sampai di krabi town,driver akan tanya ,nak ke ao nang iaitu main spot krabi,orang datang krabi memang ke ao nang,dia akan charge rm 10. -Tiba di Ao Nang,menginap di La Venice Guitar Residence,dapat bilik ada double single bed,macam bilik orang honeymoon,rm60/per nite,sebab low season,peak season member gua kena rm300,ambik kau.hahahaLa Venice ni ada swimmming pool,nak ke pantai 5 minit berguling,berguling tahu? bukan berjalan.hahaha,

 Day 4 3 September 2013

-Water Rafting,Fish Spa,ATV,part ni gua tak recommend ,sebab harga pakej dia rm100 seorang full day package include lunch ,tak berbaloi yang best pun white water rafting sahaja. Ini boleh diganti dengan 4 Island rm 40-60 cari tour agent yang sebaiknya.Jangan risau dekat ao nang banya travel agent.So pandai compare harga n bargain.

 Day 5 4 September 2013

 -Phi Phi Island Pakej Rm100 full day per person ,include Phi Phi Island,Maya Beach ,Monkey Island dan gua tak ingat,haha,dan snorkeling ,ada dalam 3 tempat snorkeling,pakej ni gua sarankan sangat berbaloi.sebab naik speedboat lagi satu,laju macam skyline.

Day 6 5 September 2013

 -Tambang van ke Krabi Airport rm60,so kitaorang share 8 ,rm12.50 sorang. Flight balik pukul 7.45 awal betul.

 Makan (Halal) -Pagi (dekat dengan masjid ao nang ada kedai) -Tengah Hari tak jumpa kedai makan,tak digalakkan masuk restaurant besar2 kalau tak nak kena ketuk harga.takpun beli di 7E. Malam - Food Stall area thanacart bank,banyak food stall muslim yang harga nasi goreng daging dan sewaktunya baru rm5,. Hari rabu malam khamis ada pasar malam,

 Total costing.
  • Transport =rm60(KTM) +rm35(Van) +rm40(floating market)+rm10(motor)= rm rm145 
  •  Room = rm25+rm60/2 sebab sebilik 2 orang,so rm 30 x 3 malam = rm115
  •  Aktiviti = rm200 Makan+ Souvenir = Rm 100 
  • TOTAL =RM 560 Murah kan?Rm500 pun cukup kalau lagi pandai bajet dari gua.haha

#Backpack ke Krabi #Travel Ke Krabi Backpack Ke Krabi hatyai ke krabi
p/s : Nak tanya lebih atau nak tengok gambar ,boleh terus ke fb : Dzul Iqram ,ni gua payung sikit gambar Hatyai dengan Krabi.Nanti gua payung gambar OVERLAND MALAYSIA THAILAND CAMBODIA VIETNAM ,kalau gua rajin gua tulis itinerary kah kah kah.











PEMALAS

Maaf,gua baru perasaan,entry krabi tergantung di permulaan jalan...dah hampir 5 bulan,faktor utama yakni gua pemalas,lepas ni gua akan masukkan itinery terus. Oh ye,pada bulan january yakni bulan lepas pada 10/1-23/1 2014 gua telah backpack ke vietnam,yakni dari Kuala Lumpur - Hat Yai - Bangkok - SiemReap - Phnom Penh - Ho Chi Minh - Phan Thiet (Mui NE) ...kalau gua rajin dan sifat malas ni tak serupa jilaka menyelebungi diri gua akan tulis.

Tuesday, September 24, 2013

Dari KUALA LUMPUR ke HATYAI ke KRABI #2

1 September Setelah terjaga dari tidur tidur ayam,keretapi telah tiba di butterworth pada pukul 6.30 pagi.Apalagi sarapan pagi la jawabnya,sambil layan view sawah padi nak menghala ke padang besar. Nah gua dapat snap gambar signboard lama Alor Setar,
Dan akhirnya tiba di padang besar pada pukul 10.30 pagi.Di padang besar besar proses imigresen sangat lah mudah,. Disini tempoh berhenti agak lama ,kerana menunggu kepala keratpi dari thailand.Disini anda boleh berehat untuk makan dan tukar duit,ada mak cik tu jadi money changer bergerak.Oh ye di padang besar ini gua bnyak menghabiskan masa berbual dengan pak cik pak cik.Nak dapat ilmu kenalah rajin bertanya dan ramah mesra ye dak?Dari cerita kembara bawalah ke politik sampailah pendatang asing. Akhirnya gua tiba di hatayai pada pukul 12.15 waktu malaysia ,dan waktu thailand 11.15 pagi,Thailand lewat satu jam.Sementara dalam perjalan ke Hatyai itu gua sempat berkenalan dengan group dari uitm yg sama hala tuju mahu ke krabi,dia orang dapat van ke krabi pada harga rm75 seorang,Gila mahal gua cakap,walhal rm25 je ke krabi.MAka dari situ bermulah erti kawan ahhaha.
Ini rupa Hatyai Station . Untuk mendapatkan harga yg murah untuk ke krabi,kena berjalan jauh sedikit dari Stesen kereta api,Kalau tak kena sembilah dgn travel agent,Gua dapat di KST travel berdepan KIng Hotel dan bersebelahan kedai Muslim OCha,kedai ni gua makan tengah hari dgn budak2 uitm tu.So Hatyai -KRabi rm25 by minibus.KST travel tu bila keluar dari stesen keretapi,jalan terus,robinson pastikan ada di kanan,jalan sehingga jumpa ladda guest house,kehadpan sedikit sehingga jumpa king hotel disebalah kanan.Dia sebelah kedai makan muslim Ocha. Gua bermalam di hatyai selama satu malam di Ladda guest house,harga bilik rm25 semalam untuk kipas,bilik OK dan selesa.
Nampak tak sign ladda guesthouse berlatarbelakangkan Hatyai Stesen?
ini geng uitm . Lepas gua mengucapkan selamat jalan ke geng uitm,gua terus masuk ke bilik,berehat ,mandi dan melepaskan lelah.Dalam pada pukul 2 petang gua pun keluarlah melihat bandar hatyai ,boleh tahan besar dan boleh tahan basah ketiak juga kalau nak pusing hatyai,gua survey tengok barang apa yang patut,matlamat gua ke hatyai ini adalah untuk ke Khlong Hae Floating Market sebenarnya.Selepas menyejukkan diri di dalam lee garden plaza,dalam pukul 5 petang gua pun terus pulang ke bilik untuk prepare ke floating market.Harga nak ke floating market ni satu tuk tuk dalam rm40/400 Baht untuk return,mean dia akan tinggalkan kau orang di floating market tu dalam sejam dua,lepastu balik. itu harga paling murah satu tuk tuk,itupun gua dah nk bertomoi bargain dengan pak cik tuk tuk.Floating Market dari HatYai hnya ambil masa setengah jam.nah layan gambar .