Tuesday, February 25, 2014

"BUKAN SEMUA ORANG SENANG SENANG DAN BUKAN SEMUA ORANG ADA ADA"

"Bukan semua orang ada ada,dan bukan semua orang lahir dah memang senang senang,Bersyukurlahh" .
 

              Hari ni,gua ke sekolah adik gua yang bongsu,untuk menghantar beg dan bekal makanan,sambil menanti adik gua keluar,gua perati keadaan sekeliling,seperti biasa melihat telatah budak sekolah yang riang gembira.Acap kali gua melihat di mana budak sekolah yang terkulat kulat mulutnya,tertelan air liurnya,melihat rakan yang mampu untuk membeli jajan mahupun ais krim dan sewaktu dengannya.Itu belum waktu rehat lagi macam mana keadaanya.Bagi gua ini macam satu penderaan pada minda kanak2 itu.Tapi hari ini,hati gua bagai diruntun,gua terlihat seorang kanak2 berkaca mata,sedang memerhati rakan rakan sekolah lain makan,tiba seorang budak sekolah jatuh mamee yg dimakannya,bersepah atas lantai di kawasan tunggu bas,gua perati adik yang berkaca mata tadi,mengutip butir mamee yg bersepah itu,seusai yg lain berlalu dari situ,terus otak gua memproses apa akn dibuat untuk mamee yg jatuh tadi,dan gua kuatkan dalam hati,tidak mungkin macam ni..adik tadi mengutip sisa mamee itu,mengumpulnya lalu memakannya..Kau sebagai seorang manusia apa yang akan kau rasa? Kau ketawa? Gua hampiri adik tersebut,bantu apa yang mampu,dan bertanya berapa duit belnja sekolah beliau,kau agak macam mana budak darjah dua mampu bertahan tanpa belnja sekolah dan hnya berbekalkan air sirap sebotol untuk satu sesi persekolahan? Gua mungkin boleh terima kalau tingkatan dua,tapi ini darjah dua.Emosi dan mental mereka tahap ini baru nak berkembang.Gua terfikir,kalau kita boleh bagi makan secara percuma kepada isi penjara,pusat serenti dan depoh tahanan,kenapa kita tidak boleh bagi makan pada mereka yg bakal menjadi tiang negara ini pada masa akan datang.?Gua tak minta banyak,dan gua tak peduli pun pendidikan percuma di ipt,cukuplah makanan percuma untuk si darjah 1-3..kerana mereka memang kecil semata-mata..
"Bukan semua orang senang senang"


.Entry ini adalah status di facebook gua pada 17 Februari lalu.

Wednesday, February 19, 2014

Dari KUALA LUMPUR ke HATYAI ke KRABI #Itinerary

Day 1 31 August 2013

 -Keretapi dari Kuala Lumpur ke Hat Yai = rm60 for sleeping Coch,rm47 untuk tempat duduk.train bertolak setiap hari pukul 9.30 malam.Tiket beli di kl sentral atau dimana mana kaunter ktm antarabandar.tempoh masa lebih kurang 15 jam,dan akan berhenti di stesen padang besar untuk imigresen.

Day 2 1 September 2013

 -Hat Yai ,11.30 sampai. Ladda GuestHouse rm 25 semalam katil queen kipas,bilik selesa dan berbaloi dengan harga,keluar dari Hat Yai stesen ,jalan depan sikit,pastikan robinson belah kanan. -beli tiket van ke krabi,Harga fixed rm25/250Baht,dekat KST travel ,jalan depat sikit dari ladda guesthouse,simpan trafic light,belah kanan,sebelah muslim OCHA,depan king hotel,tanya orang king hotel mana.Sini paling murah harga tiket,ke phuket pn rm35,kalau ulat akan tawar harga dari rm45-rm75 ke krabi. -lee garden plaza,just 10 minit jalan kaki dari hatyai station. -Khlong Hae Floating Market rm 40/400 Baht untuk satu tuk tuk,rasanya ini paling murah,kalau bagi mahal,bargain sampai bertomoi.

 Day 3 2 September 2013

 -Bertolak ke krabi pukul 8.30 pagi,jangan risau ke krabi ada van setiap jam.Sampai ke krabi pukul 2,van akan berhenti rehat di Trang sewaktu tengah perjalanan. -Sampai di krabi town,driver akan tanya ,nak ke ao nang iaitu main spot krabi,orang datang krabi memang ke ao nang,dia akan charge rm 10. -Tiba di Ao Nang,menginap di La Venice Guitar Residence,dapat bilik ada double single bed,macam bilik orang honeymoon,rm60/per nite,sebab low season,peak season member gua kena rm300,ambik kau.hahahaLa Venice ni ada swimmming pool,nak ke pantai 5 minit berguling,berguling tahu? bukan berjalan.hahaha,

 Day 4 3 September 2013

-Water Rafting,Fish Spa,ATV,part ni gua tak recommend ,sebab harga pakej dia rm100 seorang full day package include lunch ,tak berbaloi yang best pun white water rafting sahaja. Ini boleh diganti dengan 4 Island rm 40-60 cari tour agent yang sebaiknya.Jangan risau dekat ao nang banya travel agent.So pandai compare harga n bargain.

 Day 5 4 September 2013

 -Phi Phi Island Pakej Rm100 full day per person ,include Phi Phi Island,Maya Beach ,Monkey Island dan gua tak ingat,haha,dan snorkeling ,ada dalam 3 tempat snorkeling,pakej ni gua sarankan sangat berbaloi.sebab naik speedboat lagi satu,laju macam skyline.

Day 6 5 September 2013

 -Tambang van ke Krabi Airport rm60,so kitaorang share 8 ,rm12.50 sorang. Flight balik pukul 7.45 awal betul.

 Makan (Halal) -Pagi (dekat dengan masjid ao nang ada kedai) -Tengah Hari tak jumpa kedai makan,tak digalakkan masuk restaurant besar2 kalau tak nak kena ketuk harga.takpun beli di 7E. Malam - Food Stall area thanacart bank,banyak food stall muslim yang harga nasi goreng daging dan sewaktunya baru rm5,. Hari rabu malam khamis ada pasar malam,

 Total costing.
  • Transport =rm60(KTM) +rm35(Van) +rm40(floating market)+rm10(motor)= rm rm145 
  •  Room = rm25+rm60/2 sebab sebilik 2 orang,so rm 30 x 3 malam = rm115
  •  Aktiviti = rm200 Makan+ Souvenir = Rm 100 
  • TOTAL =RM 560 Murah kan?Rm500 pun cukup kalau lagi pandai bajet dari gua.haha

#Backpack ke Krabi #Travel Ke Krabi Backpack Ke Krabi hatyai ke krabi
p/s : Nak tanya lebih atau nak tengok gambar ,boleh terus ke fb : Dzul Iqram ,ni gua payung sikit gambar Hatyai dengan Krabi.Nanti gua payung gambar OVERLAND MALAYSIA THAILAND CAMBODIA VIETNAM ,kalau gua rajin gua tulis itinerary kah kah kah.











PEMALAS

Maaf,gua baru perasaan,entry krabi tergantung di permulaan jalan...dah hampir 5 bulan,faktor utama yakni gua pemalas,lepas ni gua akan masukkan itinery terus. Oh ye,pada bulan january yakni bulan lepas pada 10/1-23/1 2014 gua telah backpack ke vietnam,yakni dari Kuala Lumpur - Hat Yai - Bangkok - SiemReap - Phnom Penh - Ho Chi Minh - Phan Thiet (Mui NE) ...kalau gua rajin dan sifat malas ni tak serupa jilaka menyelebungi diri gua akan tulis.