Tuesday, February 25, 2014

"BUKAN SEMUA ORANG SENANG SENANG DAN BUKAN SEMUA ORANG ADA ADA"

"Bukan semua orang ada ada,dan bukan semua orang lahir dah memang senang senang,Bersyukurlahh" .
 

              Hari ni,gua ke sekolah adik gua yang bongsu,untuk menghantar beg dan bekal makanan,sambil menanti adik gua keluar,gua perati keadaan sekeliling,seperti biasa melihat telatah budak sekolah yang riang gembira.Acap kali gua melihat di mana budak sekolah yang terkulat kulat mulutnya,tertelan air liurnya,melihat rakan yang mampu untuk membeli jajan mahupun ais krim dan sewaktu dengannya.Itu belum waktu rehat lagi macam mana keadaanya.Bagi gua ini macam satu penderaan pada minda kanak2 itu.Tapi hari ini,hati gua bagai diruntun,gua terlihat seorang kanak2 berkaca mata,sedang memerhati rakan rakan sekolah lain makan,tiba seorang budak sekolah jatuh mamee yg dimakannya,bersepah atas lantai di kawasan tunggu bas,gua perati adik yang berkaca mata tadi,mengutip butir mamee yg bersepah itu,seusai yg lain berlalu dari situ,terus otak gua memproses apa akn dibuat untuk mamee yg jatuh tadi,dan gua kuatkan dalam hati,tidak mungkin macam ni..adik tadi mengutip sisa mamee itu,mengumpulnya lalu memakannya..Kau sebagai seorang manusia apa yang akan kau rasa? Kau ketawa? Gua hampiri adik tersebut,bantu apa yang mampu,dan bertanya berapa duit belnja sekolah beliau,kau agak macam mana budak darjah dua mampu bertahan tanpa belnja sekolah dan hnya berbekalkan air sirap sebotol untuk satu sesi persekolahan? Gua mungkin boleh terima kalau tingkatan dua,tapi ini darjah dua.Emosi dan mental mereka tahap ini baru nak berkembang.Gua terfikir,kalau kita boleh bagi makan secara percuma kepada isi penjara,pusat serenti dan depoh tahanan,kenapa kita tidak boleh bagi makan pada mereka yg bakal menjadi tiang negara ini pada masa akan datang.?Gua tak minta banyak,dan gua tak peduli pun pendidikan percuma di ipt,cukuplah makanan percuma untuk si darjah 1-3..kerana mereka memang kecil semata-mata..
"Bukan semua orang senang senang"


.Entry ini adalah status di facebook gua pada 17 Februari lalu.

No comments:

Post a Comment