Tuesday, September 24, 2013

Dari KUALA LUMPUR ke HATYAI ke KRABI #2

1 September Setelah terjaga dari tidur tidur ayam,keretapi telah tiba di butterworth pada pukul 6.30 pagi.Apalagi sarapan pagi la jawabnya,sambil layan view sawah padi nak menghala ke padang besar. Nah gua dapat snap gambar signboard lama Alor Setar,
Dan akhirnya tiba di padang besar pada pukul 10.30 pagi.Di padang besar besar proses imigresen sangat lah mudah,. Disini tempoh berhenti agak lama ,kerana menunggu kepala keratpi dari thailand.Disini anda boleh berehat untuk makan dan tukar duit,ada mak cik tu jadi money changer bergerak.Oh ye di padang besar ini gua bnyak menghabiskan masa berbual dengan pak cik pak cik.Nak dapat ilmu kenalah rajin bertanya dan ramah mesra ye dak?Dari cerita kembara bawalah ke politik sampailah pendatang asing. Akhirnya gua tiba di hatayai pada pukul 12.15 waktu malaysia ,dan waktu thailand 11.15 pagi,Thailand lewat satu jam.Sementara dalam perjalan ke Hatyai itu gua sempat berkenalan dengan group dari uitm yg sama hala tuju mahu ke krabi,dia orang dapat van ke krabi pada harga rm75 seorang,Gila mahal gua cakap,walhal rm25 je ke krabi.MAka dari situ bermulah erti kawan ahhaha.
Ini rupa Hatyai Station . Untuk mendapatkan harga yg murah untuk ke krabi,kena berjalan jauh sedikit dari Stesen kereta api,Kalau tak kena sembilah dgn travel agent,Gua dapat di KST travel berdepan KIng Hotel dan bersebelahan kedai Muslim OCha,kedai ni gua makan tengah hari dgn budak2 uitm tu.So Hatyai -KRabi rm25 by minibus.KST travel tu bila keluar dari stesen keretapi,jalan terus,robinson pastikan ada di kanan,jalan sehingga jumpa ladda guest house,kehadpan sedikit sehingga jumpa king hotel disebalah kanan.Dia sebelah kedai makan muslim Ocha. Gua bermalam di hatyai selama satu malam di Ladda guest house,harga bilik rm25 semalam untuk kipas,bilik OK dan selesa.
Nampak tak sign ladda guesthouse berlatarbelakangkan Hatyai Stesen?
ini geng uitm . Lepas gua mengucapkan selamat jalan ke geng uitm,gua terus masuk ke bilik,berehat ,mandi dan melepaskan lelah.Dalam pada pukul 2 petang gua pun keluarlah melihat bandar hatyai ,boleh tahan besar dan boleh tahan basah ketiak juga kalau nak pusing hatyai,gua survey tengok barang apa yang patut,matlamat gua ke hatyai ini adalah untuk ke Khlong Hae Floating Market sebenarnya.Selepas menyejukkan diri di dalam lee garden plaza,dalam pukul 5 petang gua pun terus pulang ke bilik untuk prepare ke floating market.Harga nak ke floating market ni satu tuk tuk dalam rm40/400 Baht untuk return,mean dia akan tinggalkan kau orang di floating market tu dalam sejam dua,lepastu balik. itu harga paling murah satu tuk tuk,itupun gua dah nk bertomoi bargain dengan pak cik tuk tuk.Floating Market dari HatYai hnya ambil masa setengah jam.nah layan gambar .

No comments:

Post a Comment