Tuesday, September 24, 2013

Dari KUALA LUMPUR ke HATYAI ke KRABI #1

         Salam sejahtera wahai sang pengejar alam sekalian.Tanggal 31 Ogos yang lalu yakni pada tarikh itu Malaysia yang dicintai menyambut hari Kemerdekaan.Sempena meraikan hari kemerdekaan saya telah merajinkan diri dan memberanikan diri melakukan kembara secara solo ke Selatan Thai .*nampak tak skema ayat tu macam mana?". Trip ini asalnya mahu bermula dari KL-Hatyai-Surat Thani-Koh Samui -Krabi,tapi apakah daya..ketika bulan puasa yang lalu tuan hamba telah mendapat surat cinta dari abang polis,sangat sungguh bermakna! -..- .

          Jadinya trip ini telah dipendekkan KL-Hatyai-Krabi.Ok kita mulakan dengan hari pertama 31 Ogos 2013. 31 Ogos 2013 Sebenarnya sebelum bergerak ,hari ini adalah hari pertunangan sepupu gua,letih tahu letih? tapi yang paling best,tiada siapa pun tahu dari mereka yag gua akan ke Thailand,kecuali keluarga gua.Berbekalkan kepenatan dan kekenyangan yang telah gua dapat dari kenduri tersebut dan termasuk ucapan nasihat dan ciuman dari mak dan abah gua,maka gua bergerak ke Kl sentral dari Serdang,ye kenapa serdang kerana gua follow sepupu gua yg nak balik ke UPM,jadi gua suruh beliau drop gua di KTM serdang.Dari KTM serdang pukul 7.30 malam dan gua tiba di Kl Sentral around pukul 8.Sementara menunggu tren Senandung Langkawi yakni keretapi yang akan gua naiki ke Hatyai,gua menjamu nafsu makan gua di food court KL sentral."mana pernah kenal erti kenyang" .

            Untuk perjalanan ke Hatyai gua telah mengambil koc katil.Nah rege ke hatyai: Duduk =rm48 Tidur atas=Rm54 Tidur Bawah =rm60 *Boleh dibeli di kaunter tiket antarabandar dan secara online. Sementara menunggu ketibaan keretapi,gua dgn rilek menggu di gate B,walhal gua di gate A.Gua ingatkan tak ramai yang menaiki train ini,tapi gua silap keadaanya sama mcam naik Komuter pada masa waktu puncak,Tepat pada pukul 9.30 malam tren tiba dan maka bermulalah xpdc ini.Gua dapat temapt L8,ye bahagian bawah,keraa gua yakin saiz katil yang besar sikit dari keranda ni mampu menampung gua sepanjang 14 jam perjalanan ini. Baru setengah jam perjalanan,hati gua bertanya,woi bila nak sampai? Esok pagi sampai la. Nah gua sertakan gambar .

No comments:

Post a Comment