Sunday, March 27, 2011

Black metal tu tak salah, yang salah adalah orang yang salah anggapannya pada black metal itu"

Black metal tu tak salah, yang salah adalah orang yang salah anggapannya pada black metal itu" diambil dari petikan Hantu Kak Limah Balik rumah...mamat khalid ..


Isu Black Metal adalah isu yang agak lama di Malayisa.Pernah suatu ketika dulu isu Black Metal hangat diperkatakan sejak ia disensasikan oleh media. Antara isu yang dikaitkan dengan muzik Black Metal ialah ia seperti satu golongan manusia yang menyembah syaitan dan menghina agama.

Black Metal secara dasarnya disensasikan sebagai satu entiti ajaran sesat. Ianya dikatakan mempunyai ajaran tertentu, mempunyai ketua dan mereka semua menyembah syaitan. Benarkah begitu?

1. Pertama sekali, perlu ditanya, apakah itu Black Metal? Adakah ianya muzik ataupun fahaman agama? Kalau ianya satu ajaran agama, apakah ajaran-ajarannya? Kitab mana menjadi sumbernya? Siapakah tokoh ajarannya? Dan bagaimanakah cara ritualnya?

Jika ianya satu muzik, apakah bentuk muziknya? Siapakah pelopornya?

Yang boleh dijawab sudah tentu jika ianya muzik. Kita tahu secara amnya, muzik Black Metal itu dengan bunyian gitar dan paluan drum yang keras. Dan juga boleh disimpulkan yang muzik Black Metal dipelopor oleh Venom melalui album yang bertajuk Black Metal. Kita dapat mensahihkan perkara ini kerana ianya muzik.

Tetapi jika kita mendefinasikan ianya sebagai ajaran, sila jawab soalan-soalan yang terpapar di atas. Jika ianya dianggap sebagai satu ajaran, sudah pasti tidak ada sumbernya yang sahih. Melainkan berkiblatkan ‘kepercayaan-kepercayaan’ (dipercayai) dan ‘perkataan-perkataan’ (dikatakan) media yang mensensasikan isu ini.

Jelasnya Black Metal adalah sekadar muzik yang ‘keras’ dan ‘bingit’. Liriknya bertemakan kegelapan, mistik dan tahyul. Eh, jangan terkejut ataupun, jangan buat-buat terkejut. Mengapa mesti terkejut? Bukankah mesej ini juga yang selama ini disensasikan oleh sebuah majalah tabloid sebelum ini? Cerita hantu kubur, hantu bungkus, manusia jadi batu, keramat dan dongeng.

Dan tidakkah dengan mensesasikan isu kegelapan, mistik dan tahyul Black Metal ini adalah selari dengan konsep majalah tersebut?

Mesej tentang kegelapan, mistik dan tahyul bukannya satu yang asing bagi masyarakat kita. Cerita dongeng dan cerita orang tua-tua pun kadang-kadang penuh dengan mesej tersebut. Contoh mudah; jika memasuki satu kawasan hutan, bukankah kita pernah disuruh untuk meminta izin dari hantu jembalang yang ‘dipercayai’ menghuni kawasan tersebut? Adakah ini Black Metal?

Begitu juga dengan filem-filem seram yang sekali tengok seolah-olah menyuruh kita mempercayai bahawa hantu syaitan itu berkuasa. Boleh membawa kebaikan atau mudarat. Bukankah ini satu yang berlawanan dengan akidah? Tidak payahlah saya menamakan filem-filem tersebut kerana bukankah kita juga yang menontonnya? Adakah ini juga Black Metal?

Beza antara medium yang disebutkan tadi; cerita-cerita, filem-filem dan muzik adalah kita sendiri! Ianya hanya sekadar cerita, filem dan muzik.

Persamaanya adalah mesej yang disampaikan. Sedangkan mediumnya berbeza. Tetapi matlamatnya tetap sama. Entertainment.

Jika seseorang itu menyembah syaitan, minum darah kambing dan memijak al-Quran, maka ini bukan muzik. Ini ajaran sesat.

Muzik dan ajaran sesat. Dua perkara yang berbeza. Ajaran sesat, benar begitu tetapi bukannya ajaran muzik (Black Metal).

2. Kebanyakan dari muzik moden yang dicelup dari Barat memang ‘tidak sesuai’ dengan masyarakat kita. Tetapi apabila ianya dipersembahkan oleh segolongan dari kita sendiri ianya telah disesuaikan dengan jatidiri.

Muzik rap dan hip hop mengidolakan gangsterisme dan seks bebas di Barat. Tetapi adakah ianya benar di sini? Sudah tentu tidak. Pemuzik-pemuzik rap dan hip hop tempatan telah membawakan mesej-mesej yang bersesuaian dengan keadaan tempatan. Begitu juga dengan muzik Black Metal, ianya telah disesuaikan dengan keadaan tempatan.

Jika di Barat Black Metal dipelopori oleh mereka yang tidak beragama, di sini ia tidak begitu.

Band Black Metal tempatan yang dikenali ramai membawa mesej-mesej ketimuran, dongeng Melayu, anti-peperangan bahkan pro-Palestin. Jika muzik berat sebegini mempunyai mesej positif, adakah ianya boleh dikategorikan sebagai nasyid? Jika tidak, mengapa cabang muzik rap, hip-hop pula boleh diterima?

Betulkah begitu keadaanya di negara kita? Benar. Jika anda sendiri yang menyelidikinya dan tidak bergantung kepada sensasi media, pasti anda akan menemuinya begitu.

Lagi satu, bukan semua muzik keras itu Black Metal. Baru-baru ini sebuah gig (konsert mini) di Kuala Lumpur telah diserbu atas sebab ‘disyaki’ menganjurkan konsert Black Metal. Untuk pengetahuan anda, konsert itu tidak ada satu pun band Black Metal. Konsert tersebut ialah konsert Hardcore dan Metalcore. Ada beza.

Atau, adakah anda memang tidak menyukai muzik keras sebegini? Kalau anda membencinya disebabkan ia tidak sesuai dengan citarasa anda, tidak bermakna muzik ini perlu dihukum. Muzik juga seperti teknologi, ia sentiasa berkembang.

Dunia muzik ini luas. Mungkin 10 tahun akan datang, penulis sendiri tidak akan dapat menghayati muzik yang wujud ketika itu, tetapi ketika itu penulis tidak mahu menghukum mereka semata-mata kerana penulis tidak memahami muzik tersebut.

Penulis bukanlah penyokong tegar muzik Black Metal tetapi penulis adalah peminat muzik Metal yang telah lama mendengar muzik sebegini. Dan salah satu cabang Metal ialah Black Metal sendiri.

Tujuan artikel ini ditulis adalah semata-mata mahukan kebenaran. Pada sesetengah pihak, terutamanya golongan berumur lebih 40an, mereka menyangkakan Metal itulah Black Metal dan Black Metal itulah Metal.

Kita boleh tanya, apakah bezanya Black Metal dengan Thrash Metal? Apakah bezanya Heavy Metal dengan Speed Metal?

Akibatnya nanti, mereka yang tidak bersalah juga dicop sebagai pengikut “ajaran” Black Metal. Sedangkan berpakaian serba hitam, rambut agak panjang dan memakai t shirt dengan gambaran band yang diminati itu adalah imej kebanyakan peminat Metal. Jika mereka ditahan kerana ‘disyaki’ pengikut “ajaran” Black Metal, tidakkah huru hara jadinya nanti?

Selidik dahulu sebulum mempercayai sesuatu...jangan mentah menath apa yg disupa media itu ditelan hidup hidup....SEKIAN

No comments:

Post a Comment