Saturday, September 4, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Dzul Iqram

Salam Aidilfitri bicara hati,
Hulurkan tangan bersulamkan bahasa,
Buangkan dendam dan dengki dari hati,
Maaf dipinta seribu bhasa..

Nabila Mustaza

Salam Aidilfitri bicara hati,
Hulurkan tangan bersulamkan bahasa,
Buangkan dendam dan dengki dari hati,
Maaf dipinta seribu bhasa..

Dzul Iqram

Lastik kayu melastik arnab,
Arnab merintih sehingga mati,
MAri rmai2 pakat pergi kerumah kak nab(nabila mustaza),
Duit raya menanti pasti.

Azsman Shah Zakaria

cimok gemuk nme di beri,
bukan musuh bukan saingan,
apehal ko paksa2 kami bls ni,
nnt kene tembak dek machinegun...

ular sawa masuk reban,
menelan pulak ayam serama,
sbb aku ade blas kasihan,
ok la wish u selamat hari raya.

Ahmad Rusydi

daun selasih dianyam dara,
sanak dan taulan pulang ke rumpun,
jika terkhilaf budi bicara,
jari disusun memohon ampun.

Dzul Iqram
kepada azman shah zakaria

Dihari raya berbaju melayu,
Mengucap syukur kepada yang esa,
Martabatknlah bahasa melayu,
...Kerana bahasa menunjukkan bangsa.

kepada ahmad rusydi

Rmai sungguh si anak dara,
serai wangi ditnam serumpun,
Salah dan silap tdak terkira,
Jari disusun memohon ampun.

Azsman Shah Zakaria

baju melayu warna merah,
warna merah warna saga,
abg cimok jgn la marah,
nnt x pasal2 cepat tua.

Dzul Iqram

Dihari raya mendapat utusan,
disebar sebarkn untuk ikutan,
kemaafan datang dari keikhlasan,
bukan sekadar atas mata duitan.

Selepas berpuasa menyambut raya,
Rmai lah orang tergesa gesa,
Kalau nk duit raya,
Dtanglah ke Taman bukit marogosa.

Khalid Zaidan

baju kurung berkain labuh
cantik bergaya dipakai pagi raye
teluk intan ke seremban x la jauh
aku x di undang ke


Dzul Iqram

baju kurung berkain labuh
cantik bergaya dipakai pagi raya,
teluk intan ke seremban x la jauh,
Jemputlah dtg ke rumah sya.

No comments:

Post a Comment