"Bukan semua orang ada ada,dan bukan semua orang lahir dah memang senang senang,Bersyukurlahh" .
Hari ni,gua ke sekolah adik gua yang bongsu,untuk menghantar beg dan
bekal makanan,sambil menanti adik gua keluar,gua perati keadaan
sekeliling,seperti biasa melihat telatah budak sekolah yang riang
gembira.Acap kali gua melihat di mana budak sekolah yang terkulat kulat
mulutnya,tertelan air liurnya,melihat
rakan yang mampu untuk membeli jajan mahupun ais krim dan sewaktu
dengannya.Itu belum waktu rehat lagi macam mana keadaanya.Bagi gua ini
macam satu penderaan pada minda kanak2 itu.Tapi hari ini,hati gua bagai
diruntun,gua terlihat seorang kanak2 berkaca mata,sedang memerhati rakan
rakan sekolah lain makan,tiba seorang budak sekolah jatuh mamee yg
dimakannya,bersepah atas lantai di kawasan tunggu bas,gua perati adik
yang berkaca mata tadi,mengutip butir mamee yg bersepah itu,seusai yg
lain berlalu dari situ,terus otak gua memproses apa akn dibuat untuk
mamee yg jatuh tadi,dan gua kuatkan dalam hati,tidak mungkin macam
ni..adik tadi mengutip sisa mamee itu,mengumpulnya lalu memakannya..Kau
sebagai seorang manusia apa yang akan kau rasa? Kau ketawa? Gua hampiri
adik tersebut,bantu apa yang mampu,dan bertanya berapa duit belnja
sekolah beliau,kau agak macam mana budak darjah dua mampu bertahan tanpa
belnja sekolah dan hnya berbekalkan air sirap sebotol untuk satu sesi
persekolahan? Gua mungkin boleh terima kalau tingkatan dua,tapi ini
darjah dua.Emosi dan mental mereka tahap ini baru nak berkembang.Gua
terfikir,kalau kita boleh bagi makan secara percuma kepada isi
penjara,pusat serenti dan depoh tahanan,kenapa kita tidak boleh bagi
makan pada mereka yg bakal menjadi tiang negara ini pada masa akan
datang.?Gua tak minta banyak,dan gua tak peduli pun pendidikan percuma
di ipt,cukuplah makanan percuma untuk si darjah 1-3..kerana mereka
memang kecil semata-mata..
"Bukan semua orang senang senang"
.Entry ini adalah status di facebook gua pada 17 Februari lalu.
No comments:
Post a Comment